Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Syahadatul Haq itu adalah Penyaksian kebenaran.
أشهد أن لا اله الا الله وأشهد أن محمد رسول الله
''Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah''
Lafaz yaang sering meniti di bibir kita setiap hari. 10 kali sehari semestinya, 2 kali untuk setiap kali solat fardhu. Ditambah dengan solat-solat  sunat yang lain, lebih dari itu. Akan tetapi adakah kita sedar, apakah yang terkandung di sebalik kalimah itu? Apakah yang tergalas di bahu kita? Sedarkah kita suatu amanah yang berat tergalas di bahu kita sebagai seorang muslim. Hanya dengan kalimah syahadah.
Analogi :
Jika A dan B ingin ke sesuatu tempat (masjid). Dalam perjalanan mereka ke sana, mereka menyaksikan suatu kemalangan menimpa sahabat mereka si C. Tetapi mereka hanya pura-pura tidak menyaksikan kemalangan tersebut, kerana malas untuk membuat laporan, turun naik mahkamah dan sebagainya. Mereka memikirkan ada orang lain akan membantu sahabat mereka.
Masjid= sesuatu kebaikan
kemalangan= kemungkaran
membuat laporan= jalan dakwah ; yang berliku dan memerlukan kesabaran
Pemikiran A dan B = mind setting manusia bahawa jika aku tidak menyampaikan kepada seseorang, akan ada orang lain yang menyampaikan kepadanya.

A dan B melakukan kebaikan tanpa menghiraukan sahabat mereka yang berada dalam kesusahan dalam erti kata lain sahabat mereka yang perlu didakwah. Jika sahabat kita terjun ke neraka, adakah sanggup kita membiarkan dia begitu sahaja? Mind setting manusia yang selalu berasa berada dalam "comfort zone" perlu diubah. Aku dah baik. Aku dah puasa, solat, zakat, menunaikan haji. Semua larangan Allah telah kujauhi. Ya benar, tetapi adakah kita telah menyampaikan kepada yang lain? Kitalah manusia terpilih dan dipilih oleh Allah untuk menjadi agen perubahan masyarakat.
Kelihatan seperti mustahil, tetapi dengan usuaha yang istiqamah dan usaha dan usaha berkumpulan, insyaallah dipermudahkan. Kitalah yang perlu menjadi orang yang menyampaikan tersebut. Apa cara sekalipun, mugkin dengan cara penulisan, mungkin dengan lisan, mungkin yang rajin untuk membuat video dakwah dan lain-lain.
Suka saya memetik kata-kata salah seorang penulis kegemaran saya, HILAL ASYRAF,
"Jika kau terjun ke neraka, akan ku terjun jua untuk menarikmu semula agar kita dapat berpimpinan tangan menuju ke syurga"
Memetik juga kata-kata DR FARID RAVI :
" Kalau aku tidak memeluk Islam, akanku tuntut pada umat Islam kerana tidak menyampaikan Islam kepadaku"
Adakah kita ingin menuju kebaikan seorang diri? Sedangkan ada pepatah arab اصلح نفسك وادعوا غيرك yang bermaksud 'Baikilah diri kamu dan serulah yang lain'. Proses yang perlu jalan seiring.

Jika ditanya oleh Allah di akhirat nanti, " Pada siapakah kamu telah menyampaikan Islam itu? " . Siapakah yang Akan menjadi saksi kita pada saat itu. Siapakah yang akan membela kita di hadapan Allah nanti, bahawa dia telah menerima Islam itu daripada kita?
Fikir-fikirkan bersama. Yang bahawa selama ini kita sering beranggapan dengan hanya menjadi qudwah hasanah telah mencukupi, kan? Jelas sekali tidak. Menyampaikan itu sesuatu yang perlu, bukan hanya setakat menjadi contoh teladan yang baik.
Islam pernah menjadi world order dan menguasai 2/3 dunia satu ketika dahulu.
Allah telah menjanjikan bahawa Islam itu akan tertegak kembali suatu hari nanti, sama ada dengan adanya kita ataupun tidak. Itu janji Allah. Jadi adakah kita akan menyia-nyiakan peluang keemasan ini? Just be a part of people yang menyumbangkan sesuatu pada jalan Islam, dan kemudian, kemanisan kejayaan tersebut akan dapat dinikmati bersama.
Sekurang-kurangnya jika kita tidak sempat untuk mencapai dan menikmati zaman kegemilangan Ustaziyatul Alam suatu saat nanti, mungkin generasi kita akan menikmati kemanisan Islam itu pada saat ianya dijulang suatu hari nanti. Dalam masa yang sama insyaallah usaha kita yang kecil tersebut akan mengalir terus pahalanya.
SEMOGA TERUS ISTIQAMAH DALAM MENYAMPAIKAN.
-sampaikanlah walau 1 ayat-

Titik-tolak keyakinan



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Allahu Akbar. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang mengizinkan kita untuk terus bernafas sehingga ke hari ini dan diberikan peluang untuk menyambut Hari Raya Idul Fitri 1432H.
Setelah kita menjalani tarbiyah Ramadhan selama sebulan dengan ibadat seperti puasa, qiam, bacaan al-Quran dan sebagainya, kita diperintahkan untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menewaskan hawa nafsu. Semoga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu sendiri.
Taqwa ertinya pelindung. Apa yang dimaksudkan dengan pelindung ialah pelindung daripada api neraka. Justeru, apabila masyarakat yang bertaqwa berjaya diwujudkan hasil daripada tarbiyah di bulan Ramadhan, Insya Allah tidak akan berlaku kes-kes rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya. Ini kerana punca kepada semua jenayah ini ialah kerana manusia tidak bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala.
Begitu juga dengan jenayah aqidah seperti murtad juga berpunca daripada ketaqwaan yang tidak dipupuk dalam diri masyarakat.
Justeru, saya menyeru kepada semua pihak agar marilah kita menjadikan taqwa sebagai asas dalam setiap sudut kehidupan kita.
Alhamdulillah, tahun ini Hari Raya disambut hampir serentak dengan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2011. Saya berharap biarlah sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dapat dihayati dengan makna kemerdekaan yang sebenar iaitu merdeka daripada penjajahan hawa nafsu dan seterusnya melaksanakan setiap perintah Allah Subhanahu Wataala.
Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Idul Mubarak” kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa fahaman mereka. Demikan juga kepada ahli parti dan para pejuang Islam sekalian, tingkatkan pengorbanan demi mencapai keberkatan Allah Subhanahu Wataala.
Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik-tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. adalah panduan kita yang hakiki dalam semua segi kehidupan kita.

Waktu sekarang

Mutiara Kata

Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang; sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan.

MY FRIEND